Tok Mat menziarah rumah Ayah Sham

Assalamualaikum

Pada 20 Disember 2009, Tok Mat (panggilan cucu Mat Noor) dan keluarga serta moyang datang menziarah ke rumah Ayah Sham di Cheras, Kuala Lumpur.






 
 

Hari Raya Aidiladha 1430

Sekali lagi kita mengadakan ibadah korban pada hari kedua Raya Haji tahun 1430H / 2009M. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai sambil bergotong-royong melapah, memotong dan membahagi daging korban. Sedikit daging dan tulang dimasak untuk makan tengahari, memang sedap makan ramai-ramai.

       

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog Keluarga Haji Mat Noor dan Hajah Puteri Aishah. Blog ini akan memuatkan segala cerita dan maklumat serta gambar berkaitan keluarga ini.

Kepada semua anak cucu bolehlah melayari blog ini untuk mengenali lebih mendalam antara satu sama lain. Diharapkan kerjasama semua keluarga untuk mengirimkan email kepada hanafi_hikano@yahoo.com atau acap2traz@yahoo.com jika ada sebarang perkembangan terbaru mengenai keluarga masing-masing.

Kepada semua pembaca blog ini, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke blog ini. :)