Majlis Perkahwinan Nur Shah Shoib

Pada 27 Disember 2009 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Nur Shah (dua pupu dengan Ayah Sham, anak sepupu Tok Noor) telah melangsungkan perkahwinan dengan Jamilah Md. Seis. Ini perkahwinan kali kedua beliau.Ramai saudara sebelah Tok Noor yang hadir. Seronok kerana lama tidak berjumpa. Antara yang hadir selain Abah/Tok Noor dan Mat/Ayah Mat ialah sepupu Tok Noor yang lain iaitu Wan Nun, Wan Nin, Wan Tun, Cik Yang, Ayah Mat, Mak Kechik. Ada juga Pak Zukni, Pak Sani, Pak Talib, Pak Shahril dan ramai lagi. Semoga perkahwinan Nur Shah kali ini kekal hingga ke akhir hayat, Amin.